10 Tanda Anda Takkan Kaya!

Tahukah anda setiap dari kita punyai peluang yang sama untuk menjadi kaya. Namun tak ramai dari kita yang merebut peluang yang ada. Jom kita tengok 10 tanda ini ada pada kita atau tidak?

1. Lebih suka work hard berbanding work smart.

Ric Edelman salah seorang perunding kewangan terbaik berkata, tidak cukup dengan hanya bekerja keras, kita mesti bekerja dengan cara yang lebih bijak. Salah satu cara yang dicadangkan beliau adalah melabur wang anda di pasaran saham atau dana persaraan – iaitu, memanfaatkan compound interest supaya wang anda menghasilkan lebih wang.

2. Hanya menumpukan kepada menyimpan dan bukan meningkatkan pendapatan.

Betul menyimpan adalah salah satu dari langkah yang sangat penting dalam membina kekayaan. Namun ramai di kalangan kita yang terlalu fokus kepada menyimpan semata-mata hingga lupa meningkatkan pendapatan dan perolehan. Sedangkan mereka yang kaya lebih fokus untuk tambah dan tambah lagi pendapatan. Mula berfikir seperti orang kaya dengan mencipta pelbagai sumber pendapatan dan menyimpan dengan lebih bijak.

3. Beli sesuatu yang melebihi kemampuan.

Jika anda berterusan mengamalkan gaya hidup melebihi dari pendapatan kita, sudah pasti anda tidak akan menjadi lebih kaya. Walaupun pendapatan meningkat, usah sewenangnya tingkatkan gaya hidup, lebih baik anda tingkatkan pelaburan dan simpanan. Ketahuilah bahawa nafsu manusia memang tidak akan pernah puas, tambahan pula dengan teknologi platform belian online yang semakin bertambah. Tangguh keinginan biasa untuk mencapai yang lebih luar biasa.

4. Sudah berpuas hati dengan gaji tetap.

Majoriti dari kita memilih untuk dibayar berdasarkan masa – pada gaji atau kadar setiap jam – sementara golongan kaya memilih untuk dibayar berdasarkan keputusan dan pencapaian dan biasanya mereka bekerja sendiri. Sementara golongan kaya terus memulakan perniagaan dan membina nasib, majoriti dari kita rasa lebih terjamin dengan kewangan yang biasa dengan kekal dalam pekerjaan dengan gaji yang sederhana dan kenaikan gaji tahunan.

5. Masih belum memulakan pelaburan.

Salah satu cara yang paling efektif untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke masa adalah melabur dan yang lebih awal anda bermula, lebih baik.

Rata-rata, jutawan melabur 20% daripada pendapatan isi rumah mereka setiap tahun. Ramit Sethi dalam buku terbaik beliau “I Will Teach You to Be Rich.” di New York Times, menulis, “Kekayaan mereka tidak diukur dengan jumlah yang mereka buat setiap tahun, tetapi dengan cara mereka telah menyelamatkan dan melabur dari masa ke masa.”

6. Kejar impian orang lain berbanding impian sendiri.

Tidak menjadi kesalahan pun anda mulakan kerjaya dengan berkuli, kebanyakan dari jutawan yang ada sekarang pun bermula dengan berkuli. Namun mereka berkuli dengan matlamat akhirnya untuk menambah nilai kepada masyarakat dengan membina empayar mereka sendiri. 

Apabila anda mengejar impian atau matlamat orang lain, akhirnya anda mungkin tidak berpuas hati dengan profesion pilihan anda. Anda akan dapati hidup anda bergelut dengan kewangan. dan akhirnya anda akan hilang semangat yang diperlukan untuk berjaya. 

7. Jarang berada di luar zone selesa.

Siebold dalam tulisannya menyatakan “Keselesaan fizikal, psikologi, dan emosi adalah matlamat utama pemikiran kelas pertengahan, sedangkan pemikir bertaraf dunia belajar yang langkah menjadi jutawan tidak mudah dan matlamat untuk keselesaan seringkali bertemu dengan pelbagai cabaran. Mereka didapati lebih selesa beroperasi dalam keadaan ketidakpastian dan kemungkinan.

Orang kaya lebih banyak memperoleh ilmu dalam proses mengatasi ketakutan dan mengambil calculated risk dan ia adalah elemen utama untuk mencapai kejayaan.

8. Tiada matlamat kewangan.

Jika anda ingin membina kekayaan, prosesnya akan menjadi lebih mudah – dan lebih menyeronokkan jika anda mempunyai matlamat yang jelas dan spesifik sebelum membentuk pelan kewangan.

Adakah anda ingin membeli rumah? Tinggal di luar negara? Melancong setiap bulan? Nikmati persaraan yang selesa? TULIS MATLAMAT INI DAN LALUAN YANG JELAS UNTUK MENCAPAINYA.

Orang kaya memilih untuk meletakkan komitmen yang tinggi untuk mencapai kekayaan. Ia memerlukan tumpuan, keberanian, pengetahuan, dan banyak usaha – tetapi ianya hanya mustahil jika anda mempunyai matlamat yang TEPAT dan VISI yang jelas

9. Anda berbelanja dahulu dan hanya simpan bila ada lebih.

Jika anda ingin menjadi kaya, “bayar” diri anda terlebih dahulu.

David Bach dalam buku tulisannya “The Automatic Millionaire” berkata, “Apa yang kebanyakan orang lakukan ketika mereka memperoleh satu dolar adalah membayar orang lain terlebih dahulu, mereka membayar tuan rumah, syarikat kad kredit, syarikat telefon, kerajaan, dan ramai lagi”.

Apa yang dimaksudkan dengan “bayar” diri sendiri adalah dengan membuat simpanan berbentuk pelaburan untuk diri sendiri terlebih dahulu. Ia boleh dilaksanakan dengan mewujudkan tabung kecemasan (6 bulan X pendapatan bulanan) untuk fasa pertama sebelum meningkatkan lagi tabung ke 12 bulan dan seterusnya.

10. Otak anda percaya anda tidak boleh jadi kaya.

Seabold berkata, “Orang biasa percaya bahawa kaya adalah satu keistimewaan yang diberikan hanya kepada orang yang bertuah, Sebenarnya, di negara kapitalis, anda mempunyai hak untuk menjadi kaya jika anda sanggup mencipta nilai yang besar untuk orang lain.”

Usah letakkan sekatan dalam kepala anda. Mula berimpian besar dengan perancangan yang tinggi. Tetapi pastikan ia sesuatu yang besar dan tinggi disusuli dengan kaedah yang betul dan sesuai. Mula bertanya kepada diri anda, “Kenapa bukan saya? Kenapa bukan sekarang? Kenapa bukan sejuta?

 

“The No. 1 reason most people don’t get what they want is that they don’t know what they want”-T. Harv Eker, a self-made millionaire

10tandatakkaya