Jom Beli Rumah!

Apa kata pada rakan-rakan yang ada diluar sana yang masih belum memiliki rumah, tahun ini kita rangka strategi untuk miliki rumah sendiri.

  1. Letakkan sasaran untuk memiliki rumah di bawah RM200k sebagai rumah pertama. Cari di kawasan pinggir bandar, boleh mula melawat web-web hartanah seperti mudah.my, iproperty.com.my, lelongtips.com.my, ngchanmau.com atau web-web yang seangkatan dengannya.
  2. Guna formula Rules of 200 untuk dapatkan harga rumah yang sesuai dengan jumlah komitmen yang anda sanggup bayar. Kalau RM400 = loan RM80k.
  3. Pastikan ansuran bulanan tak melebihi 35% dari gaji anda.  (Gaji RM2500 X 35% = RM875 )
  4. Pastikan Centre Of Gravity anda di mana. supaya tidak pening bila dah bersara nanti nak kena pindah ke kampung halaman, rumah yang dah dibeli di lokasi tempat kerja nak kena jual pulak. 
  5. Seeloknya rumah pertama adalah untuk pelaburan, cari rumah yang mempunyai lebih dari 3 booster.

“The magic thing about home is that it feels good to leave, and it feels even better to come back.”

home-1353389_640