Kuasa Sebuah Bengang

Saya orang yang sukakan cabaran, selepas beberapa tahun jika keadaan masih sama, saya akan bergerak mencari cabaran baru. Bermula tahun 2017, saya mula bosan dengan rutin harian keluar masuk kelas 14-18 jam seminggu, publish dan present paper di seminar-seminar anjuran fakulti sendiri dan seminar luar, menyelesaikan projek-projek geran, saya makin bosan dengan rutin yang sama dan mula mencari cabaran yang baru.

Selepas doa yang tidak putus-putus pada Allah untuk berikan jalan keluar dari situasi sekarang, saya terjumpa dengan seorang hamba Allah yang merupakan penasihat unit amanah Kenanga. Pada awalnya saya hanya sebagai pelabur unit amanah untuk Kenanga Investor Berhad. Tapi disebabkan niat untuk bantu adik yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap, saya niatkan hati bertanya bagaimana nak jadi seorang penasihat unit amanah. Pendekkan cerita saya rasakan yang proses yang diperlukan untuk jadi seorang penasihat unit amanah berdaftar adalah cukup mudah disamping pendapatan yang sangat lumayan jika rajin closed case.

Saya dibawa berjumpa dengan mentor/leader kami pada masa itu yang lebih selesa saya panggil Mami Sheila. selain dari itu saya kenal dengan lebih ramai mentor yang sangat positif, Madam Izara, Ayahanda Zul, Bonda Zalina dan ramai lagi leader-leader. Langkah saya tidak terhenti disitu, saya terus memburu mentor-mentor baru sehingga terjumpa dengan Tuan Ahyat Ishak (founder Pejuanghartanah.com), Mak Jerung aka Puan Norizza Muhammad Yusof (Founder IYCSB), Fahdi Ghazali (Founder FunnelEvo) dan ramai lagi!

Dari situ saya sedar yang semua mentor saya mempunyai satu persamaan yang sama. Iaitu mereka berjaya menukarkan kebengangan mereka menjadi satu pencapaian yang sangat luar biasa. Bengang dengan belenggu kemiskinan hidup, terpaksa meminjam dari orang lain sehingga dihina, terpaksa buat 3-4 kerja semata-mata untuk mengubah hidup, melihat orang yang kaya menjadi semakin kaya dan kaya. Mereka bengang!!

Namun kebengangan mereka disusuli dengan satu tindakan yang sangat hebat iaitu jadi lebih kreatif, lebih rajin, lebih cekal sehingga mereka menjadi mentor kepada ratusan malah ada yang ribuan manusia diluar sana yang mempunyai masalah yang sama dengan mereka dahulu. Betapa hebatnya kuasa bengang jika dapat disalurkan ke satu bentuk tenaga yang positif.

Jadi kita bagaimana? Adakah kehidupan kita sangat sempurna selama ini? Carilah titik bengang dalam kehidupan kita dan tukarkanlah ke tenaga baru yang boleh membawa kita ke satu level baru dalam kehidupan kita. Salam Bengang dari saya! ~ muizzsalleh.com

You won’t like me when i angry — Hulk

incredible-hulk-1710710_640