9 Mentaliti Kewangan Koyak

1. Sanggup memandu beribu batu, semata-mata nak makan makanan yang sedang trending sedang diviralkan di media sosial. Sebelum makan, ambil gambar untuk share di FB. Mentaliti kita, alah makan pun nak berkira.

2. Mengharapkan pujian kawan-kawan dari pembelian kereta jenama luar negara dan upgrade semua aksesori tambahan yang langsung tak menambah value pada kereta. Mentaliti kita alang-alang beli biar puas hati.

3. Masih sayangkan dengan tabiat merokok sehingga berhabis 200-300 setiap bulan. Masih dengan mentaliti merokok adalah cool dan tak merokok tak semestinya kaya.

4. Sentiasa reward diri sendiri dengan memilih hotel taraf 5 bintang dengan harga RM1500~RM2000 semalaman. Mentaliti kita biar papa asal bergaya.

5. Setiap 2 minggu sekali update fesyen tudung dengan tudung viral dan trending. harga RM100-RM200 tu biasa. Untuk raya upgrade ke harga yang lebih special. Mentaliti kita hari raya Hari untuk show off.

6. Majlis/kenduri buat dengan meriah dan mewah. Sanggup buat pinjaman sampai 20k-30k. Mentaliti kita biar semua orang datang kagum dengan majlis aku.

7. Tiada ilmu kewangan, sentiasa terpengaruh dengan mlm dan skim cepat kayap. Sehingga kawan-kawan dah kenal kalau kita telefon maknanya nak promote mlm lah tu. Mentaliti kita siapa lagi nak tolong bukan melayu Islam sendiri.

8. Tiada ilmu hartanah, beli rumah pertama sehingga maksimum pinjaman. kemudian buat renovation lagi untuk besarkan dapur dan bilik supaya lebih selesa. Mentaliti kita rumah kita adalah aset.

9. Hampir saban pagi singgah di cafe-cafe hipster dan berjenama. Semata-mata nak upload ke fb dan insta. Mentaliti kita hidup hanya sekali, jom kita enjoy!

Mentaliti ini sebenarnya merosakkan kewangan kita. Ubah mentaliti dengan mendalami ilmu kewangan dan hartanah supaya kewangan tidak membarah.

 Personal finance is 80% behaviour and only 20% head knowlegde — Dave Ramsey

trouser-pockets-1439412_640