3 Teknik Tetapkan Matlamat Tahun 2019

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana orang-orang yang telah berjaya menetapkan matlamat tahun baru. Untuk makluman, teknik ini dikongsikan oleh sifu online business saya iaitu Irfan Khairi. Jangan risau pos ini hanya berkongsikan 3 teknik ringkas sahaja.

Teknik Pertama:

Jangan tetapkan satu matlamat sahaja. Tetapkan matlamat secara keseluruhan yang ingin dicapai dalam kehidupan anda ditahun baru nanti. Antara matlamat yang kita boleh fokuskan adalah matlamat dalam kesihatan (ini yang paling ramai lupa), matlamat kewangan, matlamat hubungan kekeluargaan dan sebagainya.

Teknik Kedua

Pantau aktiviti mencapai matlamat anda setiap 3 bulan. sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak membawa ke arah matlamat yang ditetapkan terus ubah teknik/aktiviti, jangan pula ubah matlamat ya? 😉

Teknik Ketiga

Teknik ini paling ini adalah teknik yang paling penting!! Setiap matlamat jangan tunggu lama-lama, mulakan sekarang juga. Usah bertangguh-tangguh lagi. Contoh jika tahun depan anda mempunyai matlamat untuk memulakan perniagaan internet, mulakan sekarang dengan mendaftar syarikat sekarang! jangan bertangguh-tangguh lagi. Kerana besar kemungkinan jika masih menangguhkan lagi proses permulaannya takut-takut matlamat hanya jadi angan-angan.

“365 new days, 365 new chances”

new-years-day-3890699_640